`Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali`- (Surah Al-Maa’idah: 6)
Hukum berwuduk :
Hukum berwuduk adalah:
1. Wajib
-Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. PENDIDIKAN ISLAM KELAS : PRASEKOLAH TAJUK : IBADAH (BERWUDUK - CARA BERWUDUK )
Mulakan sesuatu dengan Bismillah...
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : Prasekolah Pintar
Tarikh : 2 November 2011
Masa : 10.35 pagi -11.15 pagi (30 minit)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Berwuduk – Amali wuduk
Tema : Kebersihan diri
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran :
1.Murid dapat melakukan wuduk.
2.Murid dapat melakukan wuduk dengan sempurna dengan bimbingan minima guru.
Standard kandungan : P1. 2.2 - Melakukan wuduk- amali wuduk
Standard Pemebelajaran : P1.2.2.4
A.Menguasai isi kandungan
-Menyebut 2 langkah wuduk dengan betul
B.Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir
-Melakukan wuduk dengan tertib dengan bimbingan
Bahan/peralatan/sumber : - Carta powerpoint / gambar /Kad/Lembaran kerja.
Pengetahuan sedia ada murid:
-Murid biasa melihat perlakuan berwuduk yang dilakukan oleh orang lain. - Murid jua mungkin biasa mengambil wuduk.
Langkah berjaga –jaga : Berhati-hati ketika berwuduk kerana dikhuatiri licin .
fasa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran
Nota
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Fasa 1
Permulaan/
mencungkil idea
(5 minit)
-Bacaan Doa belajar
-Set induksi-
* Nyanyian lagu wuduk.
( Rujuk lampiran nyanyian- video)
-Membaca doa bersama-sama murid
-Guru membuat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid
-Menyoal /cungkil; idea murid tentang nyanyian tersebut.
-Murid membaca doa
-Murid memberi respon terhadap soalan yang diajukan.
Strategi/teknik
-penyoalan.
-ABM :
Gambar/
Fasa 2
Menstruktur
Semula
(7 minit)
Tema : Kebersihan diri.
-Kita hendaklah menjaga kebersihan diri kita dan menyucikan diri kita dari kekotoran.
-Cara menjaga kebersihan :
1. Mandi.
2. Berwuduk
Penerangan guru :
Cara berwuduk :.
(Rujuk lampiran video- cara berwuduk dengan sempurna.)
-Penerangan guru tentang gambar berkaitan.
-Bersoaljawab:
1.Mengapa kita perlu menjaga kebersihan.
2.Sebutkan 2 cara menjaga kebersihan diri ?
Penerangan guru.
Bersoaljawab:
1.Sebutkan cara berwuduk ?
-Guru membimbing murid menyebut/tunjuk cara perlakuan wuduk.
-Murid memberi respon .
-Murid menjawab soalan tentang gambar.
-Murid membuat hipotesis berkaitan anggota wuduk.
Strataegi/teknik
-Soaljawab
-penerangan
-Simulasi
-Tunjuk cara
ABM:
-Gambar/kad
-carta
Sikap:
-penglibatan aktif
-Menghormati rakan/ guru.
Fasa 3
Aplikasi idea
(aktiviti)
(13 minit)
Amali wuduk /perlakuan wuduk.
-Amali wuduk dengan tertib.
-Guru membuat latih tubi menyebut..
-Tunjuk cara amali wuduk dengan tertib
-Guru memberi bimbingan kepada murid.
-Guru mengawasi murid
-Murid memberi respon.
-Murid melakukan amali wuduk dengan bimbingan guru secara minima.
Strategi :
Penyoalan
Tunjuk cara
Simulasi
ABM :
-Gambar
-Soalan
Refleksi/
Penutup
(5 minit)
Peneguhan amali wuduk dan perkaitan dengan kebersihan diri.
(cara-cara berwuduk)
-Guru menaksir pemahaman murid berkaitan amali wuduk dengan memberi kuiz dan soalan.
Murid menjawab soalan guru
Secara keseluruhan.
Strategi :
Penyoalan
ABM :
Gambar
Carta
BERWUDUK.
Marilah menyanyi lagu wuduk..... tentu seronok sebelum memulakan pengajaran
Cara mengambil wuduk...
PENDIDIKAN ISLAM (IBADAH) KELAS : PRASEKOLAH CARA-CARA BERWUDUK DENGAN SEMPURNA. 1. Membaca Basmalah 2. Membasuh pergelangan tangan 3. Berkumur-kumur 4. Memasukkan air ke dalam hidung. 5. Membaca niat berwuduk. 6. Membasuh keseluruhan muka 7. Membasuh kedua-dua belah tangan 8. Membasuh sebahagian kepala 9. Membasuh telinga 10. Membasuh kedua belah kaki. Membaca doa selesai berwuduk. ** Disunatkan membasuh sebanyak 3 kali berturut-turut. ..... *** Niat berwuduk :
Ertinya : Sahaja aku mengangkat hadas kecil (berwuduk) kerana Allah Taala.
*** Semasa membasuh muka pada basuhan yang pertama, disertakan dengan bacaan pengertian berwuduk ini....